Widget PR NEWSWIRE (“Widget”) menyediakan capaian bagi kandungan yang disediakan oleh PR
Newswire Association LLC serta anggota gabungannya (dikenali sebagai “PRN”); dan pelanggan,
pembekal PRN serta anggota gabungannya; dan pengiklan pihak ketiga (dikenali sebagai “Kandungan
Widget”). Penggunaan Widget anda adalah tertakluk kepada Terma Penggunaan Widget. Sila baca
Terma Penggunaan Widget dengan teliti sebelum anda menggunakan Widget. Dengan menggunakan
Widget bererti anda bersetuju dengan Terma Penggunaan Widget ini. Sekiranya anda tidak bersetuju
dengan Terma Penggunaan Widget, anda diminta supaya tidak menggunakan Widget. Terma
Penggunaan Widget boleh diubah oleh PRN pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sekiranya anda
membantah perubahan tersebut, satu-satunya jalan keluar bagi anda adalah dengan menghentikan
penggunaan Widget dan membuang Widget (dan kod perisian yang berkaitan) dari laman web anda.
Dengan menggunakan Widget secara berterusan selepas perubahan ini dimaklumkan membawa maksud
anda bersetuju dengan perubahan tersebut.
Widget dan Kandungan Widget
Widget merupakan satu alat yang diletakkan pada laman web anda yang membenarkan pelawat laman
web anda mengakses dan melihat Kandungan Widget. Kandungan Widget, termasuk dan tanpa had,
logo, tajuk utama yang dipaut kepada berita yang diambil daripada PRN atau pelayan pembekalnya.
Widget mengandungi Kandungan Widget, serta semua fail perisian atau imej yang digabung, atau dijana
oleh Widget, sebarang dan semua data serta kod terbenam html yang mengiringi Widget, dan apa jua
tatar, peningkatan, pengubahsuaian, pengemaskinian dan semakan semula perisian dan kod tersebut.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang Kandungan Widget atas apa-apa alasan, satu-satunya
jalan keluar bagi anda adalah berhenti menggunakan Widget dan membuang Widget (dan kod perisian
yang berkaitan) daripada laman web anda.
Lesen dan Had Penggunaan
Tertakluk kepada pematuhan anda terhadap Terma Penggunaan Widget, PRN dengan ini memberikan
anda lesen peribadi boleh batal yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh disub-lesenkan
untuk menggunakan dan mempamerkan Widget pada laman web anda semata-mata untuk kegunaan
anda seperti yang dibenarkan oleh Terma Penggunaan Widget. Anda tidak mempunyai lesen untuk
menggunakan Widget bagi sebarang tujuan lain dan tiada sebarang terma dalam Terma Penggunaan
Widget yang boleh dianggap sebagai memberikan anda sebarang hak, hakmilik atau kepentingan dalam
Widget kecuali apa yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma Penggunaan Widget ini. Widget
(termasuk perisian yang terkandung di dalamnya) dan Kandungan Widget dilindungi oleh undang-undang
hakcipta Amerika Syarikat dan undang-undang hakcipta antarabangsa; tertakluk kepada hak dan
undang-undang harta intelektual, undang-undang dan hak pemilikan; serta dipunyai atau dilesenkan oleh
PRN. Tertakluk kepada parameter yang dinyatakan dalam lesen terhad ini, Widget, Kandungan Widget
dan apa-apa hak pemilikan, notis atau penanda tidak boleh disalin, diubahsuai, dibuang, ditiru, diterbit
semula, diumum, disampai, dijual, ditawar untuk dijual atau diagih semula dalam apa juga cara tanpa
mendapat kebenaran bertulis yang jelas dari PRN bagi setiap keadaan tersebut. Kandungan Widget juga
tidak boleh digunakan dalam apa juga cara yang memberi takrifan sebagai satu endorsemen (sama ada
secara langsung atau tidak langsung) oleh seseorang, atau entiti bagi sesuatu produk, perkhidmatan,
aktiviti atau jenama yang terkandung dalam laman web anda.
Letakan Widget
Widget hanya boleh diletakkan dalam laman web anda sahaja. PRN melarang peletakan Widget pada
laman web yang mempunyai kandungan yang menyinggung, memaki, mengganggu, mengugut,
mendiskriminasi, tidak sopan, lucah atau tidak wajar seperti yang ditentukan dengan budi bicara PRN
sendiri. Anda bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berkaitan dengan atau semua kandungan yang
disediakan dalam laman web anda.
Pautan kepada Halaman Kandungan
Widget hanya boleh digunakan pada platform yang mempunyai pautan berfungsi yang apabila dicapai,
membawa pengguna terus kepada paparan penuh artikel atau maklumat lain yang diambil daripada PRN
atau pelayan pembekalnya. Anda tidak boleh memaparkan Kandungan Widget dengan cara yang tidak
membolehkan pautan, penghalaan semula atau penyampaian Kandungan Widget. Anda tidak boleh
memasukkan sebarang halaman perantaraan, halaman splash atau kandungan lain di antara pautan
Widget dan teks penuh bagi Kandungan Widget.
Pemilikan/Pembahagian
PRN dan/atau pembekal pihak ketiganya memegang semua hakmilik dan hak lain dalam Kandungan
Widget serta logo dan tanda dagang PRN. Semua hak adalah terpelihara. Semua tanda dagangan yang
dipaparkan pada Kandungan Widget adalah hak pemilik masing-masing.
Pengumpulan dan Penggunaan Data
PRN mungkin menggunakan kuki, bikon laman sesawang, atau teknologi yang seumpamanya untuk
merakam, menjejak, mengekstrak, mengumpul, mengagregat, menganalisa, dan memproses data yang
terhasil daripada penggunaan anda dan interaksi pelawat laman sesawang anda (“Pengguna-Akhir”)
dengan Kandungan Widget (secara kolektifnya “Pemprosesan Data”) untuk menyediakan data analitik
agregat kepada pelanggan PRN dan untuk kegunaan perniagaan PRN dan/atau pihak bersekutunya
sendiri seperti membuat inferens tentang Pengguna-Akhir dan berkongsi maklumat tersebut dengan
pihak ketiga dengan tujuan untuk menambah baik komunikasi perniagaan dan pengedaran kandungan
dan mempamerkan iklan yang disasarkan kepada Pengguna-Akhir (secara kolektifnya “Penggunaan
Data dan Perkongsian Data”). Sebagai sebahagian daripada Pemprosesan Data kami, PRN akan
menjejak Pengguna-Akhir dari semasa ke semasa dan merentasi laman sesawang berbeza. Anda
perlu: (i) patuh kepada semua Undang-undang yang Digunapakai berkenaan privasi pihak ketiga
individu; dan (ii) memberikan Pengguna-Akhir notis yang jelas dan komprehensif serta
memperoleh semua kebenaran yang diperlukan daripada Pengguna-Akhir berkenaan
Pemprosesan Data, Penggunaan Data dan Perkongsian Data.
Tiada Jaminan
PRN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH
PENGGUNAAN WIDGET. WIDGET DISEDIAKAN ‘SEPERTI SEADANYA’, DENGAN TIADA
SEBARANG JAMINAN. DENGAN MENGIKUT KETETAPAN UNDANG-UNDANG PRN MENAFIKAN
SEPENUHNYA SEMUA JAMINAN YANG DINYATAKAN, JAMINAN TIDAK NYATA, JAMINAN
BERKANUN, TERMASUK DAN TANPA HAD JAMINAN BOLEH DAGANGAN, SESUAI BAGI TUJUAN
YANG TERTENTU, DAN TIADA PELANGGARAN HAK MILIK. PRN MENAFIKAN SEMUA JAMINAN
BERKAITAN KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, GARIS MASA, KEBOLEHSEDIAAN DAN
PRESTASI WIDGET. PENGGUNAAN WIDGET ADALAH ATAS BUDI BICARA DAN TANGGUNGAN
RISIKO ANDA SENDIRI. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ATAS SEBARANG
KEROSAKAN SISTEM KOMPUTER ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT ANDA YANG DISEBABKAN
OLEH PENGGUNAAN WIDGET.
Pengehadan Tanggungjawab
PRN DAN PEMBEKALNYA TIDAK BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN APA-APA YANG
TERJADI KEPADA ATAU DARIPADA PENGGUNAAN WIDGET ANDA. PENGEHADAN
TANGGUNGJAWAB INI DIGUNAPAKAI BAGI MENCEGAH PEROLEHAN KEMBALI GANTI RUGI
LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KEBETULAN, KHAS, CONTOH DAN PUNITIF SAMA
ADA TUNTUTAN TERSEBUT BERDASAR KEPADA JAMINAN, KONTRAK, TORT (TERMASUK
KECUAIAN), ATAU SEBALIKNYA, WALAUPUN PRN TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI
KEMUNGKINAN GANTI RUGI BERKENAAN. PENGEHADAN TANGGUNGJAWAB INI DIGUNAPAKAI
TERHADAP KEROSAKAN HASIL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PENYALAHGUNAAN DAN
KEBERGANTUNGAN TERHADAP WIDGET, DARIPADA KETIDAKMAMPUAN MENGGUNAKAN
WIDGET ATAU DARIPADA GANGGUAN, PENGGANTUNGAN ATAU PENAMATAN WIDGET
(TERMASUK KEROSAKAN YANG DITANGGUNG OLEH PIHAK KETIGA). PENGEHADAN INI JUGA
DIGUNAPAKAI WALAU APA PUN KEGAGALAN TUJUAN UTAMA APA-APA REMEDI TERHAD DAN
SEGALA YANG DIBENARKAN SEPENUHNYA OLEH UNDANG-UNDANG. TIADA SEBARANG
KEADAAN YANG MENYEBABKAN PRN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA ANDA DALAM APA
JUGA KEADAAN. SESETENGAH NEGERI DAN PERUNDANGAN LAIN TIDAK MEMBENARKAN
PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN TANGGUNGJAWAB BAGI KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU
KEBETULAN, OLEH ITU PENGEHADAN DAN PENGECUALIAN DI ATAS TIDAK BOLEH ANDA
GUNAPAKAI.
Penamatan
Anda boleh menamatkan lesen yang diberikan ini pada bila-bila masa dengan memberhentikan
penggunaan Widget dan menghapus serta membuang semua salinan Widget dan semua kod perisian
yang berkaitan daripada laman web, semua pemacu, rangkaian dan penyimpan media yang lain milik
anda. PRN boleh, tanpa dipertanggungjawabkan, menyekat, menggantung atau menamatkan Widget,
dan/atau membatalkan lesen yang diberikan pada bila-bila masa dengan menggantung capaian kepada
PRN atau pelayan pembekalnya daripada laman web anda.
Hak Menghentikan Widget
PRN berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk berhenti menyediakan Widget pada bila-bila masa dan
meminta anda berhenti memaparkan, mengagihkan atau dengan lainnya menggunakan Widget bagi
sebarang tujuan termasuk dan tanpa had, perlanggaran peruntukan Terma Penggunaan Widget. PRN
atau ahli gabungannya, penaja atau pelesen tidak bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti anda
yang berkaitan dengan Widget atau penggunaan Widget yang berkaitan dengan laman web anda. Anda
bersetuju untuk melindungi, mempertahan dan tidak mempertanggungjawabkan PRN dan menolak apa-
apa tuntutan yang timbul daripada apa-apa aktiviti atau penggunaan, pelanggaran Terma Penggunaan
Widget oleh anda, atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga. Tambahan pula,
jika anda menggunakan, atau cuba menggunakan Widget dalam keadaan yang melangkaui skop lesen
yang diberikan dalam Terma Penggunaan Widget, atau anda mengubah,menggodam, memperdaya,
menyalin, mengagih, mengubah suai, atau dengan lainnya mencemar pentadbiran, keselamatan, atau
fungsi yang wajar bagi Widget, maka anda tertakluk kepada tindakan undang-undang yang saksama.
Peruntukan Umum
Terma Penggunaan Widget ini ditadbir oleh dan ditafsir mengikut undang-undang negeri New York, \vtanpa membawa kepada konflik kepada undang-undang atau peruntukan New York atau negeri anda
yang sebenar atau negara di mana anda menetap. Sebarang pertikaian yang timbul daripada Terma dan
Syarat ini mesti dihakimi di mahkamah persekutuan atau mahkamah negeri yang terletak di New York.
Sekiranya atas apa-apa sebab mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati apa-apa
peruntukan atau bahagian Terma Penggunaan Widget ini tidak boleh dikuatkuasakan, maka Terma
Penggunaan Widget yang lainnya masih digunapakai dan berkuatkuasa sepenuhnya. Terma
Penggunaan Widget membentuk satu perjanjian penuh di antara pihak-pihak mengenai perkara yang
disebutkan di sini dan mengatasi serta menggantikan semua persefahaman atau perjanjian bertulis atau
lisan yang terdahulu atau yang semasa berkenaan perkara ini.
Dengan menekan butang “Saya terima” dan menggunakan Widget, anda, bagi pihak syarikat anda,
sekiranya berkenaan, bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan Widget ini. Anda mewakili dan
mempunyai hak penuh, kuasa dan kuat kuasa untuk menerima Terma Penggunaan Widget bagi pihak
syarikat anda, sekiranya berkenaan.