Widget Pengarangan Kandungan

Suaikan rupa dan rasa suapan kandungan PR Newswire untuk sepadan dengan rekabentuk laman sesawang anda.

Sudah berdaftar? Sila Masuk di sini


Daftar Untuk Bermula

Sila skrol ke bawah untuk membaca dan menerima terma penggunaan yang ditetapkan di bawah untuk meneruskan pendaftaran anda.

Terma penggunaan

Widget PR NEWSWIRE (“Widget”) menyediakan capaian bagi kandungan yang disediakan oleh PR Newswire Association LLC serta anggota gabungannya (dikenali sebagai “PRN”); dan pelanggan, pembekal PRN serta anggota gabungannya; dan pengiklan pihak ketiga (dikenali sebagai “Kandungan Widget”). Penggunaan Widget anda adalah tertakluk kepada Terma Penggunaan Widget. Sila baca Terma Penggunaan Widget dengan teliti sebelum anda menggunakan Widget. Dengan menggunakan Widget bererti anda bersetuju dengan Terma Penggunaan Widget ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan Widget, anda diminta supaya tidak menggunakan Widget. Terma Penggunaan Widget boleh diubah oleh PRN pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sekiranya anda membantah perubahan tersebut, satu-satunya jalan keluar bagi anda adalah dengan menghentikan penggunaan Widget dan membuang Widget (dan kod perisian yang berkaitan) dari laman web anda. Dengan menggunakan Widget secara berterusan selepas perubahan ini dimaklumkan membawa maksud anda bersetuju dengan perubahan tersebut.

Widget dan Kandungan Widget

Widget merupakan satu alat yang diletakkan pada laman web anda yang membenarkan pelawat laman web anda mengakses dan melihat Kandungan Widget. Kandungan Widget, termasuk dan tanpa had, logo, tajuk utama yang dipaut kepada berita yang diambil daripada PRN atau pelayan pembekalnya. Widget mengandungi Kandungan Widget, serta semua fail perisian atau imej yang digabung, atau dijana oleh Widget, sebarang dan semua data serta kod terbenam html yang mengiringi Widget, dan apa jua tatar, peningkatan, pengubahsuaian, pengemaskinian dan semakan semula perisian dan kod tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang Kandungan Widget atas apa-apa alasan, satu-satunya jalan keluar bagi anda adalah berhenti menggunakan Widget dan membuang Widget (dan kod perisian yang berkaitan) daripada laman web anda.

Lesen dan Had Penggunaan

Tertakluk kepada pematuhan anda terhadap Terma Penggunaan Widget, PRN dengan ini memberikan anda lesen peribadi boleh batal yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh disub-lesenkan untuk menggunakan dan mempamerkan Widget pada laman web anda semata-mata untuk kegunaan anda seperti yang dibenarkan oleh Terma Penggunaan Widget. Anda tidak mempunyai lesen untuk menggunakan Widget bagi sebarang tujuan lain dan tiada sebarang terma dalam Terma Penggunaan Widget yang boleh dianggap sebagai memberikan anda sebarang hak, hakmilik atau kepentingan dalam Widget kecuali apa yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma Penggunaan Widget ini. Widget (termasuk perisian yang terkandung di dalamnya) dan Kandungan Widget dilindungi oleh undang-undang hakcipta Amerika Syarikat dan undang-undang hakcipta antarabangsa; tertakluk kepada hak dan undang-undang harta intelektual, undang-undang dan hak pemilikan; serta dipunyai atau dilesenkan oleh PRN. Tertakluk kepada parameter yang dinyatakan dalam lesen terhad ini, Widget, Kandungan Widget dan apa-apa hak pemilikan, notis atau penanda tidak boleh disalin, diubahsuai, dibuang, ditiru, diterbit semula, diumum, disampai, dijual, ditawar untuk dijual atau diagih semula dalam apa juga cara tanpa mendapat kebenaran bertulis yang jelas dari PRN bagi setiap keadaan tersebut. Kandungan Widget juga tidak boleh digunakan dalam apa juga cara yang memberi takrifan sebagai satu endorsemen (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh seseorang, atau entiti bagi sesuatu produk, perkhidmatan, aktiviti atau jenama yang terkandung dalam laman web anda.

Letakan Widget

Widget hanya boleh diletakkan dalam laman web anda sahaja. PRN melarang peletakan Widget pada laman web yang mempunyai kandungan yang menyinggung, memaki, mengganggu, mengugut, mendiskriminasi, tidak sopan, lucah atau tidak wajar seperti yang ditentukan dengan budi bicara PRN sendiri. Anda bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berkaitan dengan atau semua kandungan yang disediakan dalam laman web anda.

Pautan kepada Halaman Kandungan

Widget hanya boleh digunakan pada platform yang mempunyai pautan berfungsi yang apabila dicapai, membawa pengguna terus kepada paparan penuh artikel atau maklumat lain yang diambil daripada PRN atau pelayan pembekalnya. Anda tidak boleh memaparkan Kandungan Widget dengan cara yang tidak membolehkan pautan, penghalaan semula atau penyampaian Kandungan Widget. Anda tidak boleh memasukkan sebarang halaman perantaraan, halaman splash atau kandungan lain di antara pautan Widget dan teks penuh bagi Kandungan Widget.

Pemilikan/Pembahagian

PRN dan/atau pembekal pihak ketiganya memegang semua hakmilik dan hak lain dalam Kandungan Widget serta logo dan tanda dagang PRN. Semua hak adalah terpelihara. Semua tanda dagangan yang dipaparkan pada Kandungan Widget adalah hak pemilik masing-masing.

Pengumpulan dan Penggunaan Data

PRN mungkin menggunakan kuki, bikon laman sesawang, atau teknologi yang seumpamanya untuk merakam, menjejak, mengekstrak, mengumpul, mengagregat, menganalisa, dan memproses data yang terhasil daripada penggunaan anda dan interaksi pelawat laman sesawang anda (“Pengguna-Akhir”) dengan Kandungan Widget (secara kolektifnya “Pemprosesan Data”) untuk menyediakan data analitik agregat kepada pelanggan PRN dan untuk kegunaan perniagaan PRN dan/atau pihak bersekutunya sendiri seperti membuat inferens tentang Pengguna-Akhir dan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak ketiga dengan tujuan untuk menambah baik komunikasi perniagaan dan pengedaran kandungan dan mempamerkan iklan yang disasarkan kepada Pengguna-Akhir (secara kolektifnya “Penggunaan Data dan Perkongsian Data”). Sebagai sebahagian daripada Pemprosesan Data kami, PRN akan menjejak Pengguna-Akhir dari semasa ke semasa dan merentasi laman sesawang berbeza. Anda perlu: (i) patuh kepada semua Undang-undang yang Digunapakai berkenaan privasi pihak ketiga individu; dan (ii) memberikan Pengguna-Akhir notis yang jelas dan komprehensif serta memperoleh semua kebenaran yang diperlukan daripada Pengguna-Akhir berkenaan Pemprosesan Data, Penggunaan Data dan Perkongsian Data.

Tiada Jaminan

PRN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN WIDGET. WIDGET DISEDIAKAN ‘SEPERTI SEADANYA’, DENGAN TIADA SEBARANG JAMINAN. DENGAN MENGIKUT KETETAPAN UNDANG-UNDANG PRN MENAFIKAN SEPENUHNYA SEMUA JAMINAN YANG DINYATAKAN, JAMINAN TIDAK NYATA, JAMINAN BERKANUN, TERMASUK DAN TANPA HAD JAMINAN BOLEH DAGANGAN, SESUAI BAGI TUJUAN YANG TERTENTU, DAN TIADA PELANGGARAN HAK MILIK. PRN MENAFIKAN SEMUA JAMINAN BERKAITAN KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, GARIS MASA, KEBOLEHSEDIAAN DAN PRESTASI WIDGET. PENGGUNAAN WIDGET ADALAH ATAS BUDI BICARA DAN TANGGUNGAN RISIKO ANDA SENDIRI. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ATAS SEBARANG KEROSAKAN SISTEM KOMPUTER ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT ANDA YANG DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN WIDGET.

Pengehadan Tanggungjawab

PRN DAN PEMBEKALNYA TIDAK BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN APA-APA YANG TERJADI KEPADA ATAU DARIPADA PENGGUNAAN WIDGET ANDA. PENGEHADAN TANGGUNGJAWAB INI DIGUNAPAKAI BAGI MENCEGAH PEROLEHAN KEMBALI GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KEBETULAN, KHAS, CONTOH DAN PUNITIF SAMA ADA TUNTUTAN TERSEBUT BERDASAR KEPADA JAMINAN, KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), ATAU SEBALIKNYA, WALAUPUN PRN TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI KEMUNGKINAN GANTI RUGI BERKENAAN. PENGEHADAN TANGGUNGJAWAB INI DIGUNAPAKAI TERHADAP KEROSAKAN HASIL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PENYALAHGUNAAN DAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP WIDGET, DARIPADA KETIDAKMAMPUAN MENGGUNAKAN WIDGET ATAU DARIPADA GANGGUAN, PENGGANTUNGAN ATAU PENAMATAN WIDGET (TERMASUK KEROSAKAN YANG DITANGGUNG OLEH PIHAK KETIGA). PENGEHADAN INI JUGA DIGUNAPAKAI WALAU APA PUN KEGAGALAN TUJUAN UTAMA APA-APA REMEDI TERHAD DAN SEGALA YANG DIBENARKAN SEPENUHNYA OLEH UNDANG-UNDANG. TIADA SEBARANG KEADAAN YANG MENYEBABKAN PRN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA ANDA DALAM APA JUGA KEADAAN. SESETENGAH NEGERI DAN PERUNDANGAN LAIN TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN TANGGUNGJAWAB BAGI KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU KEBETULAN, OLEH ITU PENGEHADAN DAN PENGECUALIAN DI ATAS TIDAK BOLEH ANDA GUNAPAKAI.

Penamatan

Anda boleh menamatkan lesen yang diberikan ini pada bila-bila masa dengan memberhentikan penggunaan Widget dan menghapus serta membuang semua salinan Widget dan semua kod perisian yang berkaitan daripada laman web, semua pemacu, rangkaian dan penyimpan media yang lain milik anda. PRN boleh, tanpa dipertanggungjawabkan, menyekat, menggantung atau menamatkan Widget, dan/atau membatalkan lesen yang diberikan pada bila-bila masa dengan menggantung capaian kepada PRN atau pelayan pembekalnya daripada laman web anda.

Hak Menghentikan Widget

PRN berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk berhenti menyediakan Widget pada bila-bila masa dan meminta anda berhenti memaparkan, mengagihkan atau dengan lainnya menggunakan Widget bagi sebarang tujuan termasuk dan tanpa had, perlanggaran peruntukan Terma Penggunaan Widget. PRN atau ahli gabungannya, penaja atau pelesen tidak bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti anda yang berkaitan dengan Widget atau penggunaan Widget yang berkaitan dengan laman web anda. Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahan dan tidak mempertanggungjawabkan PRN dan menolak apa- apa tuntutan yang timbul daripada apa-apa aktiviti atau penggunaan, pelanggaran Terma Penggunaan Widget oleh anda, atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga. Tambahan pula, jika anda menggunakan, atau cuba menggunakan Widget dalam keadaan yang melangkaui skop lesen yang diberikan dalam Terma Penggunaan Widget, atau anda mengubah,menggodam, memperdaya, menyalin, mengagih, mengubah suai, atau dengan lainnya mencemar pentadbiran, keselamatan, atau fungsi yang wajar bagi Widget, maka anda tertakluk kepada tindakan undang-undang yang saksama.

Peruntukan Umum

Terma Penggunaan Widget ini ditadbir oleh dan ditafsir mengikut undang-undang negeri New York, \vtanpa membawa kepada konflik kepada undang-undang atau peruntukan New York atau negeri anda yang sebenar atau negara di mana anda menetap. Sebarang pertikaian yang timbul daripada Terma dan Syarat ini mesti dihakimi di mahkamah persekutuan atau mahkamah negeri yang terletak di New York. Sekiranya atas apa-apa sebab mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati apa-apa peruntukan atau bahagian Terma Penggunaan Widget ini tidak boleh dikuatkuasakan, maka Terma Penggunaan Widget yang lainnya masih digunapakai dan berkuatkuasa sepenuhnya. Terma Penggunaan Widget membentuk satu perjanjian penuh di antara pihak-pihak mengenai perkara yang disebutkan di sini dan mengatasi serta menggantikan semua persefahaman atau perjanjian bertulis atau lisan yang terdahulu atau yang semasa berkenaan perkara ini.

Dengan menekan butang “Saya terima” dan menggunakan Widget, anda, bagi pihak syarikat anda, sekiranya berkenaan, bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan Widget ini. Anda mewakili dan mempunyai hak penuh, kuasa dan kuat kuasa untuk menerima Terma Penggunaan Widget bagi pihak syarikat anda, sekiranya berkenaan.